Friday, June 3, 2011

JEMPUTAN KENDURI KAHWIN

Salam, Kepada semua ahli keluarga adalah dipersilakan ke majlis walimatulurus Zulkhairi bin Nawawi dan pasangannya pada 26hb Jun 2011 (Ahad)di RL 50 Jalan Ehsan Rantau Perintis, 26400 Bandar Tun Abd Razak Jengka.

Wednesday, January 12, 2011

MAJLIS AKIKAH DAN ARWAH

Ahli Keluarga yang berkesempatan dijemput hadir ke Majlis Akikah dan Doa Arwah ke Kg Seberang Guai ( Rumah Abg Pian, Suami Ngah Minah )pada 3 Feb 2011 mulai jam 10pagi

Jemputan ini oleh : Abd Rahim bin Zali
Tujuan : Akikah anaknya dan Doa Arwah
Katanya lagi : Kalau ada kelapangan sila datang pada 2hb Feb 2011 untuk
bantu kerja menyembih, melapah, menyiang dan lain-lain hingga
siap.....

Sunday, November 21, 2010

Perjumpaan Keluarga Kali ke 4 dan perasmian blog keluarga


Perjumpaan Keluarga AKPK kali ke 4 pada 20 November 2010 berjaya diadakan. Pelbagai aturcara telah diadakan termasuk pertandingan mewarna kanak-kanak, sukaneka kanak-kanak,sukaneka dewasa dan cabutan bertuah.

Penasihat Keluarga Ayah Teh Zul ( Abu Bakar bin Abd Kadir ) telah menekan butang tetikus sebagai simbolik perasmian laman blog keluarga. Ahli Keluarga boleh mengunjungi laman www.akpk14.blogspot.com untuk mengetahui aktiviti keluarga.

Selain Ketua Urusetia ( Musaniff bin Ab.Rahman ) yang menyampaikan ucapan serta taklimat perjumpaan, Penasihat Keluarga ( Ayah Teh Zul ) dan Ayah Ngah Li ( sepupu kepada anak-anak pawang kadir ) juga turut memberi ucapan.

Pada tahun ini satu hadiah istimewa telah diperkenalkan selain hadiah-hadiah cabutan bertuah, pertandingan serta sukaneka. Hadiah itu ialah peratus kehadiran tertinggi ahli perdu. Pada kali ini Perdu Fatimah dan Perdu Jamaluddin berkongsi kemenangan dengan peratus kehadiran ahli 100%. Hadiah telah disampaikan oleh Ketua Urusetia.

Walaupun dengan kehadiran 95 orang ahli, namun kemesraan serta semangat kekeluarga amat tinggi ditunjukkan oleh setiap ahli keluarga. Pada tahun ini perdu Abd Rahman ditugaskan untuk memasak ayam masak merah dirumah mereka dan dibawa ke Rumah Besar sebagai juadah makan tengahari. Begitu juga perdu Sapiah ( Ulam dan sambal ), perdu Husin ( ayam masak merah ), perdu Abu Bakar ( ikan dan acar ) dan perdu 10 ( nasi dan sayur nangka ). Setiap perdu berjaya menjalankan tugas mereka.

Acara tayangan LCD perjumpaan keluarga ke 3 mengamit memori ahli keluarga peristiwa setahun yang lepas. Turut mengamatkan suasana ialah sesi memperkenalkan ahli keluarga baru oleh wakil perdu.

Majlis perjumpaan keluarga selesai sekitar jam 4.15 petang dengan sesi bergambar beramai-ramai mengakhiri acara.

Tuesday, November 16, 2010

DOKUMEN PERJUMPAAN KELUARGA AKPK KE 3 DAH SIAP


Diantara kandungannya ialah,

Anak-anak Hj Awang
Anak-anak Pawang Kadir
Aturcara perjumpaan keluarga ke 3
Senarai penuh & talian perhubungan AKPK
Anak-anak Imam Kassim & Imam Koming
Keratan dalam media



Harga,

Hitam putih semuanya ( tiada plastik ) RM5.00 senaskah
Kulit Depan warna ( dan plastik ) RM8.00 senaskah
Warna semuanya ( dan plastik ) RM20.00 senaskah


Sila buah tempahan sebelum 19hb November 2010 ( Tel : 013-9010637 – Redtone line ). Boleh diperolehi semasa perjumpaan 20hb November 2010.


Kepada Mak Ngah Timah,

Sila rancang sukaneka kanak-kanak dan orang dewasa.


Peringatan kepada wakil perdu,

Sila beritahu semua ahli keluarga agar dapat hadir seramai mungkin. Jangkaan kehadiran terkini 200 orang sahaja.

Monday, November 15, 2010

SELAMAT DATANG SEMUA AHLI KELUARGA












Senarai Ahli AKPK ( sehingga 28 November 2009 )


Isteri 1
Perdu Abd Rahman 61
Perdu Sapiah 36
Perdu Husin 18
Perdu Abu Bakar 34
Perdu Kelesom 21
Perdu Jamaluddin 9
Perdu Ramlah 11
Perdu Dahilan 5
Perdu Halimah 8
Perdu Salbiah 5
Perdu Badariah 3
Perdu Fatimah 7
Perdu Sakinah 7
Perdu Tarmizi 1
Anak Angkat 19

JUMLAH 246


Jangkaan kehadiran terkini 200 orang. Oleh itu semua masakan berdasar kepada bilangan ini berbanding 300 sasaran terdahulu.

Sunday, October 31, 2010

300 AHLI BAKAL HADIR DI PERJUMPAAN KELUARGA KALI KE 4


Mesyuarat AJK AKPK telah memutuskan untuk mengadakan Perjumpaan Keluarga kali Keempat pada 20hb November 2010. Mesyuarat dipengerusikan oleh Ketua Urusetia dan turut dihadiri oleh Penasihat Keluarga.

Semua ahli keluarga diminta agar dapat memaksimakan kehadiran. Satu hadiah istimewa akan diperkenalkan bagi perjumpaan kali keempat ini. Hadiah tersebut adalah peratus kehadiran ahli perdu paling ramai. Ini melibatkan hanya perdu yang mempunyai bilangan ahli lima dan keatas sahaja.

Perjumpaan kali ini juga turut menjemput pangkat sepupu kepada anak Pawang Kadir. Mereka adalah di kalangan anak/cucu kepada Aki Yunus, Aki Mohamad, Wan Pelangai, Wan Saedah, Wan Maharom, Aki Abdullah dan Wan Habesah.

Buat pertama bagi perjumpaan kali diperkenalkan bawa juadah secara bederau. Iaitu setiap perdu dikehendaki membawa satu atau dua juadah yang telah di masak dan dibawa ke rumah besar pada pagi 20hb Nov 2010. Mesyuarat telah memutuskan adalah seperti berikut:

1. Perdu Abd Rahman - Lauk ayam masak merah untuk 150 orang

2. Perdu Sapiah - Ulam, sambal dan buah untuk 300 orang

3. Perdu Husin - Lauk ayam masak merah untuk 150 orang

4. Perdu Abu Bakar - Lauk ikan ( 150 orang ) dan sayur (300 org)

5. Perdu 10 - Nasi, sayur nangka dan air minuman

Manakala bagi makanan pagi semua keluarga diminta membawa makanan masing-masing.

Aturcara : Ucapan Penasihat, Ucapan dan taklimat Ketua Urusetia, Perasmian blog keluarga, Sukaneka Keluarga, Tahlil dan doa selamat, Makan perdana keluarga, Sesi memperkenalkan ahli keluarga baru, cabutan bertuah,penyampaian hadiah dan gambar beramai-ramai.